Monday 4 March 2024

inadequacy

hi. here to pour my hearts out again. i cant contain this overflowing emotions anymore it hurts my heart so much. but differently tonight, i'm gonna rant in malay.

malam ini, aku nak bercerita tentang inadequacy. ketidakcukupan. aku tahu perasaan ini tidak asing dalam diri setiap manusia yang bekerja keras menjadi yang terbaik. begitu juga aku, perasaan ini seolah olah sudah menjadi sahabatku. terkadang menjadi pendorong, terkadang menjadi lawan. 

kalau aku, aku selalu rasa tak cukup. mungkin sebab aku ni seorang yang 'mid' bak kata orang putih. sebagai contoh, tidak terlalu bodoh untuk diberi perhatian, tidak terlalu pandai untuk disanjung. tidak terlalu cantik untuk diheboh. tidak terlalu buruk untuk dikasihan. malah dari segi personaliti, aku bukanlah seorang yang bising, bukan juga seorang yang pendiam. dari segi fizikal? tidak gemuk juga tidak kurus. tidaklah terlalu rendah tetapi tidak juga tinggi.

aku tiada masalah kulit yang teruk untuk bagi orang skincare advices. aku tiada makeup skills yang hebat untuk bagi orang makeup tips. keluargaku tidaklah terlalu kucar kacir dibandingkan dengan orang lain. alhamdulillah. aku tidak pernah bercinta untuk bagi orang love advices. aku juga pelajar yang biasa dari segi akademik dan kokurikulum. adalah juga, dapat keputusan peperiksaan yang baik dan kendalikan beberapa program untuk cantikkan resume aku. tetapi, tidak cukup untuk buat aku dapat apa apa anugerah dalam universiti. faham kan? im just that average.

selamat untuk cakap, aku sebenarnya sedang berada dalam zon selesa aku. terkadang aku terfikir, adakah kerana Allah tidak menguji aku sebagaimana hebat Dia menguji orang lain? patutkah aku bersyukur, atau patut aku takut? aku sebenarnya berada di mana, di mata Tuhan? 

aku tiada sebuah kehidupan yang dramatik, tetapi sungguh, aku selesa begini. orang putih cakap, kita selalu nampak rumput jiran sebelah lagi hijau, sampaikan kita terlupa nak siram rumput kita sendiri. kadang kadang aku begitu. cepat cepat aku ucap, Astaghfirullahalazim.

tulisan ini aku tuju buat orang orang yang sering merasakan sama seperti aku. kita selalu teringin menjadi dia, sehinggakan kita lupa yang menjadi diri kita sendiri sebenarnya sudah memadai. tiba masa untuk kita mencari ketenangan dengan berdamai dengan diri. perkara yang kita inginkan, tidak dapat kita kecapi bukan kerana kita tidak mencukupi, tetapi kerana perkara itu tidak sesuai dengan kita. ada yang lebih baik, in shaa Allah. 

for example, my failure getting into dentistry and my failure in romantic relationship *yes, i failed that talking stage, again ;)

semoga yang baik baik sahaja untuk kita, amin.